TIPS SEMETARA UNTUK HILANGKAN EYEBAG
Petua untuk hilangkan eyebag
Anda tidak perlu terlalu risau lagi kerana kami telah jumpa cara-cara untuk hilangkan eyebag dengan bahan-bahan serta peralatan yang mudah dijumpai dan didapati dalam rumah atau tempat tinggal anda. Selamat mencuba!
1. Sudu
Jangan memandang rendah terhadap keberkesanan sudu untu jangka masa yang singkat jika anda belum pernah mencubanya. Cara pertama untuk menggunakan sudu bagi menyurutkan eyebag ini terutama sekali mestilah dengan anda memastikan ianya diperbuat dari bahan seperti metal, perak dan gangsa kerana sudu kayu dan plastik tidak boleh menyerap penyejukan sama sekali. Yang penting sekali adalah kebersihan sudu tersebut.
Ini kerana anda akan menyejukkan sudu tersebut terlebih dahulu dalam peti ais selama beberapa minit atau pun merendam sudu tersebut dalam ais selama 20 minit. Selepas itu, apabila ianya sudah cukup sejuk, cara nak hilangkan eyebag menggunakan sudu ini hanyalah dengan menekapkan ia pada bawah mata anda. Cara ini juga akan membuatkan anda rileks pada waktu pagi serta menyegarkan anda. Lakukan gosokan yang lembut pada seluruh kawasan mata anda terutamanya eyebag tersebut berkali-kali sehingga kesejukkannya hilang.
2. Timun
Cara hilangkan eyebag dengan timun adalah yang paling mudah dalam list ini. Ini kerana, penulis pasti semua orang simpan timun dalam peti sejuk, kan? Jadi anda cuma perlu menghiris 2-4 keping daripada timun itu menggunakan pisau yang bersih kerana kita tak nak lah menggunakan pisau yang sudah digunakan untuk memotong cili. Lagi parah jadinya nanti.
Selepas itu, letakkan kepingan timun tersebut di sekitar kawasan bawah mata anda, boleh juga letakkannya di kelopak mata anda untuk sensasi yang menenangkan secara maksima. Biarkan kepingan timun itu selama lebih kurang 15 minit.
Timun diperkaya dengan vitamin C dan asid folik. Vitamin c yang terkandung dalam timun dapat “menghidupkan” mata anda serta menggalakkan pertumbuhan sel baru, manakala asid folik merangsang antioksidan yang boleh membantu kulit anda melawan toksin persekitaran anda yang mungkin membuatkan mata anda nampak sembab.
3. Ais
Untuk petua bagi hilangkan eyebag dengan ais ini ada dua cara. Yang pertama, anda boleh membalut kiub ais dengan menggunakan kapas atau pun kain yang bersih dan apabila anda boleh merasakan kesejukan pada permukaan kapas atau kain tersebut, bolehlah anda tekapkan ia pada kawasan eyebag anda. Penulis tahu ramai yang tidak boleh terkena direct contact dengan ais, kerana ianya boleh jadi terlalu ‘tajam’ dan terlalu mengejutkan, jadi membalut kiub-kiub ais ini adalah lebih baik. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa saat, tetapi anda boleh menekap balutan ais itu selama beberapa minit.
Comments
Post a Comment